PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan peningkatan kes positif Covid-19 melebihi 6,000 iaitu 6,437 kes sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 5,298 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 107 kes kematian dicatatkan dengan 905 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 455 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 62,844 kes aktif.
“Selangor terus menjadi penyumbang terbesar apabila merekodkan sebanyak 2,299 kes diikuti Kuala Lumpur (1,361), Negeri Sembilan (700), Kedah (284), Johor (271), Melaka (252), Pahang (250) dan Sarawak (242).
“Bagi negeri merekodkan kes di bawah 200 iaitu Perak (184), Sabah (178), Kelantan (131), Labuan (117), Pulau Pinang (115) manakala Putrajaya (32), Terengganu (21) dan Perlis, sifar kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE