600 penduduk tak tahan hidu busuk sampah  - Utusan Malaysia

600 penduduk tak tahan hidu busuk sampah 

ABDUL Halim Yusuf (kanan) menunjukkan longgokan sampah yang dibuang penduduk di bahu jalan di Kampung Lubuk Lesung, Kijal di Kemaman pada 26 Jun 2021. - UTUSAN/ PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Kira-kira 600 penduduk Kampung Lubuk Lesung, Kijal di sini resah apabila penduduk terpaksa membuang sampah sesuka hati termasuk menjadikan satu kawasan di bahu jalan di kampung tersebut sebagai `tong sampah’ sejak setahun lalu.

Seorang penduduk, Abdul Halim Yusof, 35, berkata, sudah setahun tiada lori sampah tidak masuk ke kawasan perkampungan mereka menyebabkan penduduk melongokkan bahan buangan di bahu jalan atau di mana-mana kawasan mereka suka.

“Sebelum ini sampah dibuang dalam tong yang disediakan pihak berkuasa tempatan tetapi kini tiada lagi, malah kami tidak tahu punca lori sampah tidak masuk ke kawasan kami.

“Ada juga penduduk yang mengambil alternatif menggali beberapa lubang besar tetapi tidak praktikal kerana banjir besar tahun lalu telah menghanyutkan banyak sampah hingga bersepah di sekitar kampung,” katanya ketika ditemui pemberita semalam.

Seorang lagi penduduk, Azmi Mohamad, 49, berkata, longgokan sampah berkenaan turut mengundang kehadiran haiwan liar seperti babi, monyet dan biawak untuk mencari makan.

Katanya, usaha segelintir penduduk bergotong-royong membersihkan kawasan itu juga tidak berbaloi kerana disepahkan kembali oleh haiwan liar.

“Apabila waktu hujan, bau busuk boleh sampai ke rumah penduduk berhampiran hingga menyebabkan kami tidak selesa,” katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) Jusman Ibrahim ketika dihubungi berkata, tugasan pembersihan di kawasan berkenaan bukan diselia pihaknya, sebaliknya di bawah Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah). 

“Bagaimanapun, kami akan mengadakan perbincangan dengan Ketengah bagi mencari jalan penyelesaian jangka panjang di samping bakal menghantar beberapa tong sampah secara segera,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya