33,800 terima vaksin fasa kedua Program Vaksinasi Bergerak MyMedic@Wilayah - Utusan Malaysia

33,800 terima vaksin fasa kedua Program Vaksinasi Bergerak MyMedic@Wilayah

ANNUAR Musa meninjau pemberian vaksin bergerak di Pasar Borong Selayang, Kuala Lumpur. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA:  Seramai 33,800 individu menerima vaksin Covid-19 mulai hari ini hingga 26 Jun ini di bawah fasa kedua Program Vaksinasi Bergerak MyMedic@Wilayah di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. 

Menteri WIlayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, ia melibatkan golongan individu yang berisiko tinggi termasuk peniaga, pekerja di pasar harian serta penjaja, kawasan  industri, penempatan gelandangan, Program Perumahan Rakyat Majlis Tindakan Ekonomi  Negara (PPR MTEN), Perumahan Awam (PA) DBKL dan kampung-kampung tradisi.

Beliau berkata, fasa kedua ini melibatkan 22 lokasi antaranya, Pasar Borong Kuala Lumpur, Pasar Harian  Selayang, lapan kawasan industri, tujuh PPR MTEN atau PA DBKL, pusat penempatan gelandangan di  Pusat Komuniti Setiawangsa, Desa Aman, Desa Tasik, Kampung Sungai Penchala dan  Kampung Padang Balang.

“Program ini dengan kapasiti 600 dos vaksin sehari bagi setiap lokasi yang menggunakan keseluruhan 13 trak vaksin bergerak merangkumi 52 doktor, 104 jururawat  (petugas perubatan) dan lebih 150 petugas pentadbiran (bukan perubatan) akan dapat mencapai sasaran 80 peratus warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur divaksinasikan menjelang Ogos ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Annuar berkata, inisiatif berkenaan adalah lanjutan daripada Program Rintis Vaksinasi Bergerak MyMedic@Wilayah  yang telah bermula sejak 7 hingga 13 Jun lalu. 

Dalam tempoh tersebut, katanya 24,500 dos  vaksin telah diberikan kepada kumpulan sasar di Kuala Lumpur. 

Melihat kepada  kejayaan itu, jelas beliau, pihak CITF telah memberikan kebenaran kepada Kementerian Wilayah Persekutuan untuk meneruskan  Program Vaksinasi Bergerak MyMedic@Wilayah itu untuk  meningkatkan tahap kesiapsagaan dengan memfokuskan pemberian vaksin kepada warga Kuala Lumpur bagi mencapai imuniti kelompok dalam kadar segera.

“Kementerian menyasarkan 40 trak bagi Program Vaksinasi Bergerak MyMedic@Wilayah dengan  33,000 suntikan vaksin dalam sehari untuk dilaksanakan di Kuala Lumpur termasuk Putrajaya dan Labuan. 

“Sasaran itu mampu dicapai menerusi pertambahan Pusat Pemberian  Vaksin (PPV) mega selain PPV di klinik dan hospital swasta serta vaksinasi melalui Program  Vaksinasi Bergerak MyMedic@Wilayah,” katanya.

Beliau menambah,  kejayaan program vaksinasi ini adalah hasil  kerjasama strategik Kementerian Wilayah Persekutuan bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dewan  Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Yayasan Wilayah Persekutan (YWP) serta jabatan dan  agensi kerajaan lain. 

Selain itu, katanya, pelaksanaan Program Vaksinasi Bergerak  MyMedic@Wilayah ini juga mendapat sokongan teknikal dan logistik daripada pelbagai pihak  termasuk para sukarelawan (PriVo) serta Persatuan-Persatuan Penduduk atau Majlis Perwakilan  Penduduk Wilayah Persekutuan yang bersama-sama berganding bahu dalam menjayakan program ini.  – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya