Hina dan ugut polis di facebook, seorang wanita ditahan - Utusan Malaysia

Hina dan ugut polis di facebook, seorang wanita ditahan

MOHD. FADZIL ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Polis telah menahan seorang wanita yang memuat naik kata-kata kesat dan ugutan kepada petugas sekatan jalan raya (SJR) di sini, difacebook termasuk menggunakan perkataan anjing dan mengugut mahu melanggar angota bertugas.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Fadzil Ali berkata, tangkapan tersebut dibuat pukul 9 malam tadi melibatkan seorang wanita berusia 36 tahun yang juga pemilik akaun Facebook menggunakan nama ‘Diana Mat’.

“Polis menerima satu laporan pada pukul 10.53 pagi semalam berhubung pengguna Facebook tersebut memuat naik beberapa hantaran menggunakan perkataan kesat dan berunsur ugutan ditujukan kepada petugas SJR di Putrajaya

“Antara lain adalah ‘aku pusing balik rempuh korang’, ‘penguat kuasa sama mcm hanjing’, ‘kau dengan penjenayah sama je’, ‘anjinglah kau’, ‘bangsat punya polis Putrajaya’ dan ‘gampang, kau ingat aku takut’,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati sebelum laporan polis dibuat, tular beberapa tangkap layar di media sosial yang merupakan hantaran oleh pengguna Facebook tersebut.

Susulan itu, katanya, polis turut merampas peranti berupa telefon bimbit milik wanita itu yang dipercayai digunakan untuk memuat naik hantaran di Facebook.

“Wanita tersebut kini ditahan bagi mendapatkan perintah tahanan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah untuk meneruskan siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan (menakutkan secara jenayah), Seksyen 504 Kanun Keseksaan (mengaibkan dengan niat hendak mendatangkan bangkitan marah) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 (menggunakan perkhidmatan rangkaian dan komunikasi secara tidak wajar),” katanya.

Sementara itu, Mohd. Fadzil menasihatkan pengguna media lain supaya berhati-hati semasa mengeluarkan kenyataan atau komen yang boleh menjatuhkan imej, kredibiliti serta maruah seseorang atau jabatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya