KUALA LUMPUR: Tiada masa, sibuk bekerja serta bimbang dicerca masyarakat kerana tidak berkahwin mendorong ramai wanita profesional menggunakan khidmat agensi mencari jodoh di negara ini bagi bertemu pasangan masing-masing. Malah terdapat juga wanita sekitar usia 40 dan 50 tahun lebih rela memilih bakal pasangan lebih muda asalkan mereka mempunyai peneman hidup berbanding hidup secara solo. Lebih mengejutkan, mereka ini kebanyakannya mempunyai kerjaya dan kedudukan tinggi dalam karier masing-masing misalnya ahli perniagaan, pensyarah, peguam dan jurutera. Menceritakan lebih lanjut kepada Utusan Malaysia, pemilik Agensi Mencari Jodoh, Zainudin Mohd. Jaafar berkata, wanita-wanita…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya