Wanita 45 tahun didakwa guna gelaran tidak diiktiraf - Utusan Malaysia

Wanita 45 tahun didakwa guna gelaran tidak diiktiraf

SABARIAH Hashim (depan, kiri) didakwa atas kesalahan menggunakan gelaran tidak diiktiraf di Mahkamah Majistret Kuantan di Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Seorang wanita yang menggunakan gelaran ‘Datuk Seri Bakti Setia Temasek’ dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan, di sini hari ini atas dakwaan menggunakan gelaran tidak diiktiraf.

Tertuduh, Sabariah Hashim, 45, mengaku tidak bersalah sebaik sahaja pendakwaan dikemukakan terhadapnya oleh Timbalan Pendakwa Raya, Fathin Nadhirah Kasim di hadapan Majistret Najwa Hashim.

Ibu kepada enam anak itu didakwa menggunakan gelaran dan panggilan ‘Datuk Seri Bakti Setia Temasek’ yang merupakan anugerah luar yang tidak diiktiraf.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, pukul 3.30 petang pada 28 April lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Kesalahan Yang Berhubung Dengan Anugerah 2017, memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun, jika didapati bersalah.

Sementara itu, tertuduh yang diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Mohd. Azahari Mat Asin meminta cadangan wang jaminan RM5,000 oleh pihak Timbalan Pendakwa Raya dikurangkan atas alasan tertuduh menyara enam anak dan seorang ibu yang sudah tua dan uzur.

Mahkamah kemudian membenarkan Sabariah diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin.

Kes disebut semula 9 Jun ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya