Vaksin pelajar sekolah tingkatkan imuniti kelompok

Vaksin pelajar sekolah tingkatkan imuniti kelompok

DR. MOHD. ARSHIL MOIDEEN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemberian vaksin Covid-19 kepada murid sekolah atau remaja berusia kurang 18 tahun boleh membantu mencapai sasaran 80 peratus imuniti berkelompok seperti dirancang di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Pemvaksinan kumpulan tersebut boleh mencegah kluster pendidikan atau sekolah kerana seramai 4,799,814 juta murid sekolah sudah mendapat imunisasi dan sesi persekolahan secara bersemuka boleh diteruskan.

Pakar Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera, Brig. Jen. Dr. Mohd. Arshil Moideen berkata, walaupun pemberian vaksin kepada kumpulan tersebut hanya menyumbang 15.31 peratus, sekurang-kurangnya ia membantu kepada peningkatan kadar individu sudah divaksinasi yang ketika ini masih pada tahap rendah.

“Ini akan mengurangkan kes jangkitan dalam kalangan pelajar. Jika tidak, sukar untuk kerajaan mengekang penularan wabak selain kluster di kawasan sekolah akan terus bertambah dari semasa ke semasa.

“Jika berlarutan, sistem pendidikan akan terbantut apabila sekolah terpaksa ditutup dan pelajar akan kembali dengan kaedah pembelajaran di rumah (PdPR).

“Pada sudut lain, pelaksanaan juga mesti diberi pertimbangan dengan segera dan data-data ujian penggunaan vaksin di dalam kumpulan umur mesti disahkan bagi memastikan ia benar-benar selamat digunakan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Khamis lalu, Kanada meluluskan penggunaan vaksin Pfizer-BioNTech Covid-19 bagi remaja berumur 12 tahun dan ke atas sekali gus menjadi perintis vaksinasi ke atas golongan kanak-kanak.
Berdasarkan data ujian klinikal di Amerika Syarikat (AS) membabitkan lebih 2,000 remaja yang diberi dua dos vaksin menunjukkan ia selamat sama seperti orang dewasa malah tiada kes Covid-19 direkodkan dalam kalangan remaja terbabit.

Malaysia mempunyai lebih kurang 32 juta penduduk de­ngan sejumlah 2,765,456 murid yang bersekolah di peringkat rendah dan 2,034,358 bagi peringkat menengah.

Semakan Utusan Malaysia menerusi laman sesawang Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) merekodkan seramai 1,045,377 sudah divaksin sekali gus membuktikan negara masih jauh daripada sasaran imuniti yang ditetapkan.

Dalam pada itu, beliau berkata, Kementerian Kesihatan perlu meneliti kewajaran memberikwan vaksin kepada golongan terbabit kerana Malaysia masih menggunakan syarat 18 tahun ke atas bagi ujian klinikal.

“Kita perlu berhati-hati kerana ia melibatkan etika perubatan di mana mereka yang belum cukup umur perlu mendapatkan kebenaran ibu bapa,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN