UMNO perlu ubah dasar ‘Yes Anwar, Yes DAP’ - Shahidan - Utusan Malaysia

UMNO perlu ubah dasar ‘Yes Anwar, Yes DAP’ – Shahidan

SHAHIDAN KASSIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: DAP tidak berhak mengikuti sebarang program UMNO selaras dengan prinsip yang dipegang iaitu No Anwar, No DAP.

Ia berikutan program Ketua Wanita UMNO Datuk Noraini Ahmad memaparkan gambar bersama Ahli Parlimen DAP Bangi, Ong Kian Ming melawat seorang mahasiswa yang menghidap kanser 13 Mei lalu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua UMNO Bahagian Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, sebelum perkara itu berlaku, perubahan dasar perlu diadakan supaya UMNO berpegang pula kepada konsep Yes Anwar, Yes DAP.

“Sekarang ini keputusan UMNO ialah No Anwar, No DAP. Jadi kalau nak jemput DAP sekalipun, keputusan itu perlu diubah dulu, jadi Yes Anwar Yes DAP.

“Ini bermakna, untuk sekarang, tidak wajar kita adakan apa-apa program bersama DAP,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Dalam program Noraini sebelum ini, beliau dan Kian Ming bukan sahaja melawat mahasiswa yang menghidap kanser, tetapi turut bersama dalam program menemui mahasiswa universiti yang tidak pulang ke kampung, selain memberi bantuan makanan dan duit raya.

Shahidan berkata tindakan itu boleh menyebabkan perpecahan dalaman parti yang mengelirukan akar umbi UMNO sendiri.

“Nak ubah keputusan itu, ia perlu melalui Majlis Tertinggi atau dalam Perhimpunan Agung UMNO. Kalau ada mana-mana pihak yang cuba untuk ubah keputusan itu, ia akan memecahkanbelahkan parti. Ini kerana perbuatan itu melanggar keputusan parti,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya