Terus beri tekanan pada Israel - Rara - Utusan Malaysia

Terus beri tekanan pada Israel – Rara

YOUNG SYEFURA OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Seluruh rakyak tanpa mengira kaum, agama dan juga ideologi perlu terus mengutuk kekejaman serangan Israel terhadap rakyat Palestin.

Ini bukan sahaja membabitkan isu agama tetapi kemanusiaan sejagat yang memerlukan seluruh dunia mengecam dan memberi tekanan kepada Israel, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Liga Arab serta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman berkata, seluruh rakyat perlu menunjukkan kebersamaan dan solidariti sebagai manusia atas tindakan tidak berperikemanusian Israel.

“Sebagai umat Islam, perasaan sedih melihat kesengsaraan itu (dialami oleh rakyat Palestin ekoran kekejaman rejim Zionis) amatlah dituntut.

“Ia sebagai mana sabda Rasulullah SAW: Perumpamaan orang-orang beriman dalam hal saling mencintai, mengasihi, dan saling bersimpati bagaikan satu tubuh.

“Jika salah satu anggotanya merasa sakit, maka seluruh tubuh turut merasakannya dengan berjaga dan merasakan demam. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim),” katanya di sini semalam.

Young Syefura berkata, doa adalah satu-satunya ‘senjata’ orang mukmin yang boleh mengubah keadaan jika diizinkan oleh Allah SWT.

“Terdapat dalam sebuah hadis baginda Rasulullah SAW yang maksudnya: Doa seseorang muslim untuk saudaranya secara berjauhan (tanpa pengetahuannya) adalah mustajab,” katannya.

Beliau berkata, DAP mengecam tindakan keganasan anggota keselamatan Israel terhadap warga Palestin semasa bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.

Menurutnya, Israel sepatutnya mencari jalan mengurangkan konflik Timur Tengah yang semakin meruncing dan bukan mengambil jalan keganasan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya