Tauke dodol wanita maut kemalangan - Utusan Malaysia

Tauke dodol wanita maut kemalangan

KEADAAN kereta Rohana yang dirempuh sebuah Proton Persona di lampu isyarat di Lebuh AMJ, Paya Rumput Indah, Melaka. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Perjalanan seorang pengusaha dodol menghantar tempahan pelanggan berakhir tragedi apabila dia maut dalam kemalangan berhampiran rumahnya di lampu isyarat di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ), Paya Rumput Indah di sini, pagi tadi. 

Dalam kejadian  pukul 6.20 pagi, Rohana Abdul, 42, yang juga pengasas Ana Dodol meninggal dunia di tempat kejadian selepas kereta Perodua Axia dipandunya dirempuh Proton Persona.  

Anak sulung mangsa, Nur Aliyah Zaidi, 23, berkata, malam tadi arwah  menghantar pesanan  kepada pelanggan di Krubong, namun kemudian dimaklumkan berlaku kesilapan dan tidak mencukupi bagi satu kilogram. 

“Ibu beritahu, dia akan hantarkan  satu kilogram dodol  selepas waktu Subuh. Subuh tadi ibu minta pinjam kereta saya.

“Kira-kira pukul 7 pagi pintu bilik saya diketuk lagi, apabila saya buka, adik dan seorang pekerja  maklumkan ibu maut dalam kemalangan. ,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Mengulas lanjut, Nur Aliyah berkata, ibunya mengusahakan Ana Dodol sejak 23 tahun lalu. 

“Tadi pun masih ada tempahan masuk dan pelanggan yang menghantar pesanan mesej bertanya mengenai dodol, mereka belum tahu  ibu sudah tiada,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, kemalangan berlaku apabila kereta dipandu Rohana cuba membuat pusingan U di lampu isyarat untuk menuju ke bandar Melaka.

“Bagaimanapun, sebuah Persona dipandu seorang lelaki berusia 20 tahu dari arah Alor Gajah menghala ke bandar  merempuh merempuh kereta mangsa. 

“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian kerana cedera parah di kepala, manakala pemuda terbabit hanya alami dakit dada, paha dan leher,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya