Taman Sri Muda dilimpahi air, jalan sesak - Utusan Malaysia

Taman Sri Muda dilimpahi air, jalan sesak

HUJAN lebat selama dua jam mengakibatkan jalan utama memasuki Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam dipenuhi air sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas. -UTUSAN/NORHAYATI YAHAYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Hujan lebat kira-kira dua jam bermula pukul 12 tengah hari ini mengakibatkan beberapa jalan di Taman Sri Muda, Seksyen 25, di sini dinaiki air.

Tinjauan Utusan Malaysia di lokasi kejadian mendapati, laluan di kawasan kedai di situ turut dinaiki air pada paras 0.3 meter.

Pengguna jalan raya yang memasuki kawasan tersebut melalui Persiaran Budiman menyangkakan barisan kereta panjang disebabkan sekatan jalan raya (SJR).

Bagaimanapun, sebaik sahaja kenderaan mereka menghampiri kawasan Bulatan Budiman, baru kelihatan air yang memenuhi jalan raya.

Akibat daripada jalan dinaiki air, keadaan sesak sejauh kira-kira satu kilometer daripada bulatan tersebut.

Malah, terdapat kenderaan yang rosak akibat tidak dapat melepasi paras air terbabit. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya