PUTRAJAYA: Penerima vaksin AstraZeneca dinasihatkan sentiasa memantau tahap kesihatan masing-masing dan perlu segera mendapat rawatan jika mengalami apa-apa gejala dalam masa empat hari hingga empat minggu selepas menerima vaksin itu. Gejala itu termasuk sakit kepala teruk tidak berkurangan selepas mengambil ubat tahan sakit atau sakit kepala semakin teruk apabila berbaring atau semasa membongkok, sakit kepala luar biasa disertai dengan pandangan kabur, loya dan muntah. Gejala lain ialah sukar bertutur, lemah, mengantuk atau sawan selain mengalami bintik-bintik kecil pada kulit, lebam atau berlaku pendarahan selain sukar bernafas, sakit dada, bengkak pada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya