Sorok selipar, solat dalam gelap cetus Kluster Pauh Lima - Utusan Malaysia

Sorok selipar, solat dalam gelap cetus Kluster Pauh Lima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan apabila solat jemaah beramai-ramai dalam gelap di surau selain sanggup menyorok selipar masing-masing bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Demikian aktiviti didakwa menjadi punca Covid-19 merebak pantas Kampung Pauh Lima yang terletak dalam daerah ini dan Bachok sehingga dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai semalam hingga 1 Jun ini.

Dalam tempoh 11 hari, berlaku peningkatan kes secara mendadak sehingga 55.22 peratus di kawasan tersebut apabila daripada 227 ujian saringan dibuat, seramai 74 individu disahkan positif Covid-19.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Jajahan Bachok, Mohd. Farid Abdul Razak tidak menafikan dakwaan itu dan pihaknya berusaha memperbetulkan ‘salah faham’ penduduk yang menganggap SOP dibuat hanya untuk melarang umat Islam beribadat.

“SOP berkait dengan had jemaah di masjid-masjid serta arahan penutupan surau-surau kecil di kampung bukan untuk melarang kita beribadat, sebaliknya mengelak kita berkumpul beramai-ramai di tempat yang sempit.

“Apabila ada yang solat dalam gelap dan sembunyikan selipar supaya pihak berkuasa tidak nampak, itu bermakna kesedaran bagaimana virus Covid-19 boleh merebak masih rendah,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Mohd. Farid berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Jabatan Penerangan negeri untuk melakukan hebahan di kampung-kampung di seluruh jajahan Bachok bagi meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap pandemik Covid-19.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, daripada 74 kes didapati positif Covid-19, dua kematian dicatatkan melibatkan lokaliti terbabit.

Kata beliau, kadar kebolehjangkitan (Rt) Kelantan yang turun beberapa hari lalu dijangka naik semula ekoran kes komuniti semakin banyak di samping sentiasa wujud kluster-kluster baharu serta penularan varian baharu Covid-19. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya