SOP Aidilfitri: Neelofa, keluarga disiasat lagi - Utusan Malaysia

SOP Aidilfitri: Neelofa, keluarga disiasat lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menjalankan siasatan berkaitan video tular melibatkan keluarga Neelofa yang didakwa merakamkan detik sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 1 Syawal di sebuah rumah di Pinggir Zaaba, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.

Siasatan dibuat berikutan satu laporan polis dibuat pada 17 Mei lalu,  pukul 10.25 malam selepas satu video berdurasi  26 saat tular susulan dimuat naik melalui akaun Instagram kakak kepada Neelofa.

Ketua Polis Daerah Brickfield, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, video tersebut memaparkan ahli keluarga selebriti tersebut  berkumpul di sebuah rumah semasa 1 Syawal. 

“Video ini dikongsi netizen melalui laman sosial Twitter dan setakat ini, kes masih dalam tindakan penyiasatan di bawah Peraturan 17 P.U (A) 225/2021.

“Kerajaan mengumumkan pelaksanaan SOP Am Perintah Kawalan  Pergerakan (PKP) 3.0 di Wilayah Persekutuan berkuat kuasa 07 Mei 2021 hingga 20 Mei 2021 dengan menetapkan bahawa rentas sempadan negeri dan daerah (berdasarkan sempadan daerah ditetapkan Kerajaan Negeri) adalah tidak dibenarkan melainkan dengan kebenaran polis,” jelas beliau dalam kenyataan hari ini.

Menurut Anuar, orang awam dinasihatkan tidak membuat spekulasi berkaitan video tular melibatkan keluarga selebriti tempatan berkenaan. 

Kata beliau,  pertanyaan atau maklumat boleh disalurkan kepada Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan,” jelasnya.

Semalam, kisah  keluarga Neelofa sekali lagi menjadi perhatian  netizen apabila didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Aidilfitri.

Kisah tersebut bermula dengan sebuah video dimuat naik kakak Neelofa, Noor Nabila di akaun Instagramnya. Video dengan kapsyen “1 Syawal yang penuh mulia,”  cepat dikongsi netizen  sebelum ia kemudian dipadamkan. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya