Solat hajat untuk Palestin di Pulau Pinang - Utusan Malaysia

Solat hajat untuk Palestin di Pulau Pinang

AHMAD ZAKIYUDDIN ABDUL RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Semua masjid dan surau di negeri ini disaran menganjurkan solat hajat selepas solat Maghrib malam ini bagi mendoakan kesejahteraan dan keselamatan rakyat Palestin daripada terus menjadi mangsa kezaliman tentera Israel.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang(JHEAIPP) hari ini mengeluarkan pekeliling kepada 800 buah masjid dan surau di negeri ini untuk melaksanakan solat hajat berkenaan.

Jelas beliau, pihaknya berharap usaha itu sedikit sebanyak dapat meringankan kesengsaraan dialami dan sebagai tanda sokongan kepada rakyat Palestin.

“Umat Islam di negeri ini juga disarankan menunaikan solat hajat bagi mendoakan umat Islam di negara berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Sehingga kini, seramai 197 penduduk maut, termasuk 58 kanak-kanak dan lebih 2,000 cedera selepas tentera Zionis Israel berterusan menyerang wilayah Palestin.

Dalam pada itu, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor berkata, solat hajat itu diadakan bagi memohon kepada Allah SWT untuk menyelamatkan rakyat Palestin daripada kekejaman Israel.

Katanya, solat hajat itu juga adalah untuk memohon Allah SWT menurunkan bantuan dengan memberi kemenangan kepada rakyat Palestin dalam perjuangan mempertahan hak sebagai penduduk asal negara tersebut.

“Selain itu, penerangan ringkas mengenai sejarah penubuhan negara haram Israel ke atas bumi Palestin juga seeloknya dihuraikan di dalam khutbah Jumaat.

“Ini perlu dilakukan supaya rakyat negara ini khususnya generasi baharu memahami latar belakang perjuangan rakyat Palestin dan kenapa kita perlu menyokong dan membantu perjuangan mereka,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya