Situasi PKRC Maeps 2.0 semakin mencabar, 1,000 katil ditambah - Utusan Malaysia

Situasi PKRC Maeps 2.0 semakin mencabar, 1,000 katil ditambah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Situasi di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) 2.0 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps) 2.0 kini semakin mencabar dengan kemasukan lebih ramai pesakit Covid-19 kategori 3.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan, pada awalnya PKRC MAEPS hanya mempunyai sebanyak 60 katil untuk Kategori 3 pada awal Januari lalu tetapi kini PKRC Bersepadu itu menempatkan seramai 757 pesakit kategori berkenaan.

Menurut kenyataan JKNS, dalam menangani situasi itu, pihaknya bercadang menambah kapasiti kepada 1,000 katil bagi menyokong sistem kesihatan di Lembah Klang selaras dengan peningkatan angka pesakit Covid-19 terkini.

“Pesakit dengan Kategori 3 ditempatkan di dewan-dewan yang berdekatan dengan unit rawatan rapi (ICU) sementara supaya pemantauan lebih rapi dapat dilaksanakan manakala pesakit kategori 1 dan 2 yang stabil ditempatkan di dewan DG.

“Bagaimanapun, PKRC cuba sebaik mungkin memisahkan kategori pesakit warganegara dan bukan warganegara di dewan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa sama, PKRC Maeps mengucapkan terima kasih dan menyambut baik isu proses kemasukan dan melihat kembali serta melakukan penambahbaikan proses tersebut dari semasa ke semasa. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya