Siasatan penglibatan dalang rusuhan masih dilakukan, 7 lagi ditahan - Utusan Malaysia

Siasatan penglibatan dalang rusuhan masih dilakukan, 7 lagi ditahan

AYOB KHAN MYDIN PITCHAY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Polis masih menjalankan siasatan terperinci berhubung insiden rusuhan di Pekan Parit Raja, Batu Pahat termasuk sama ada terdapat dalang atau penglibatan pihak-pihak tertentu dalam kejadian pada 13 Mei lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, seramai tujuh lagi suspek ditahan hari ini membabitkan individu berusia antara 19 tahun hingga 23 tahun.

Menurut beliau, ketujuh-tujuh tangkapan baharu itu termasuk baki individu yang disambung reman sebelum ini dipercayai mempunyai peranan langsung dalam rusuhan tersebut.

“Tujuh tangkapan baharu direman tiga hari. Dalang masih dalam siasatan, sekiranya ada perkembangan kita akan maklumkan tetapi setakat ini yang kita sambung reman dan tangkapan baharu semua main peranan sama ada beli suar, buat banner dan gantung banner.

“Tetapi sejauh mana ada dalang atau tiada atau ada individu-individu lain di belakang kumpulan ini siasatan masih dijalankan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, hari ini.

Baru-baru ini, tular dalam media sosial video yang memaparkan kira-kira 40 orang membuat halangan jalan raya selama 15 minit menggunakan motosikal dan kereta di Jalan Batu Pahat-Ayer Hitam.

Kumpulan itu turut memaparkan kain rentang bertulis ‘Kerajaan Gagal’ yang kemudian digantung di sebuah sekolah berdekatan selain membakar suar dan mercun bagi menarik perhatian orang ramai.

Susulan itu, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat menahan 20 individu berusia 16 hingga 28 tahun dan merupakan penduduk setempat pada Jumaat lalu kerana disyaki terlibat dalam insiden tersebut sebelum 13 daripadanya dibebaskan dengan jaminan polis pada Ahad. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya