Semua penduduk Putrajaya sudah daftar untuk terima vaksin - Utusan Malaysia

Semua penduduk Putrajaya sudah daftar untuk terima vaksin

- GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Putrajaya merekodkan kadar pendaftaran 100 peratus  penduduk  untuk Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) membabitkan 67,214 penduduknya setakat semalam.

Mengikut laman web.vaksincovid.gov.my. Kuala Lumpur pula merekodkan sebanyak 68.45 peratus diikuti Selangor (66.76 peratus), Sarawak (59.21 peratus), Pulau Pinang (57.49 peratus) dan Negeri Sembilan (55.89 peratus).

Labuan (55.85 peratus), Melaka (53.46 peratus), Johor (52.63 peratus), Perlis (44.09 peratus), Perak (44.07 peratus), Kedah (41.27 peratus) dan Terengganu (40.30 peratus).

Bagaimanapun, bacaan menerusi rekod di laman web itu lagi, Sabah menjadi negeri terendah penduduk mendaftar untuk mendapatkan vaksin iaitu hanya 18.88 peratus.

“Daripada jumlah keseluruhan 12,117,091 yang sudah mendaftar di seluruh negara, Sabah hanya mencatatkan 553,828 individu berbanding sasaran populasinya dan berada dalam kategori merah,” mengikut laman tersebut.

Kelantan menjadi negeri kedua terendah apabila merekodkan 34.05 peratus atau  419,425 individu  mendaftar menerusi PICK diikuti Pahang  sebanyak 39.61 peratus atau seramai 487,895 individu.

Kedua-dua negeri berkenaan berada dalam kategori jingga.

Setakat ini, sebanyak 12,117,091 penduduk negara sudah mendaftar untuk mendapatkan vaksin manakala sebanyak 1,944,458 penduduk sudah menerima vaksin.– UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya