Seleweng zakat: Majlis Guru Besar Kedah buat laporan polis  - Utusan Malaysia

Seleweng zakat: Majlis Guru Besar Kedah buat laporan polis 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUBANG PASU: Majlis Guru Besar Negeri Kedah hari ini membuat laporan polis susulan satu hantaran di laman Facebook mendakwa banyak guru besar di negeri ini menyeleweng duit zakat pelajar.

Yang Dipetuanya, Abdul Rashid  Mohd. Kassim berkata, tuduhan tersebut bukan sahaja mencemar nama mereka malah mengeruh hubungan pihak sekolah dengan ibu bapa dan pejabat zakat negeri.

“Hantaran pemilik akaun Facebook menggunakan nama, Roslan Aziz itu menyebabkan integriti dan maruah penjawat awam Kementerian Pendidikan atas jawatan guru besar dipertikaikan dan menerima cemuhan yang tidak berasas serta berniat jahat. 

“Tuduhan itu menyebabkan guru besar seluruh Kedah diberi tanggapan negatif atas tugas yang dipertanggungjawabkan oleh Kementerian Pendidikan,” kata beliau  selepas membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis (IPD) Kubang Pasu di sini, hari ini.

Sejak semalam tular di media sosial, satu hantaran oleh individu menggunakan nama, Roslan Aziz mendakwa ramai guru besar di Kedah menyeleweng duit zakat pelajar.

Beliau menambah, pihaknya mendesak polis menyiasat akaun tersebut demi membersihkan nama mereka.

“Saya mewakili 13 Majlis Guru Besar Daerah dan 547 guru besar seluruh Kedah membuat laporan polis untuk pihak berkenaan membuat siasatan dan mengambil tindakan terhadap pemilik akaun Facebook, Roslan Aziz.

“Benda (dakwaan) itu tak wujud, bukan senang nak keluarkan duit zakat yang dimasukkan ke dalam Sumbangan Wang Amanah kerana ada jawatankuasa dan perlu audit,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya