Selangor wujud kaunter khas pemotongan gelang, tamat kuarantin - Utusan Malaysia

Selangor wujud kaunter khas pemotongan gelang, tamat kuarantin

AMIRUDIN SHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Bagi mengurangkan kesesakan di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di Stadium Malawati, kerajaan negeri mewujudkan kaunter khas bagi tujuan pemotongan gelang atau penamatan kuarantin di rumah.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, statistik mendapati bahawa 48 peratus pengunjung yang hadir ke CAC Stadium Malawati adalah bagi urusan pemotongan gelang kuarantin atau penamatan kuarantin di rumah.

Sehubungan itu, kata beliau, bermula minggu depan, pihaknya mewujudkan kaunter khas bagi tujuan pemotongan gelang atau penamatan kuarantin di rumah.

“Ini bagi mengurangkan kesesakan di CAC Stadium Malawati dan pada masa yang sama mengurangkan risiko jangkitan kepada mereka yang tamat kuarantin.

“Selain itu, klinik dan fasiliti perubatan swasta (CAC Swasta) yang mempunyai pengamal perubatan yang diberi kebenaran untuk melaksanakan Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO).

“Ini membolehkan mereka memberi kebenaran pemakaian gelang kuarantin kepada mereka yang didapati positif serta kontak rapat. Dengan pelaksanaan ini, pesakit Covid-19 tidak perlu hadir ke CAC Daerah tetapi boleh ke CAC Swasta sekaligus dapat mengurangkan beban di CAC Daerah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Amirudin berkata, dalam melancarkan operasi di CAC, kerajaan negeri bersetuju menyediakan 150 sukarelawan yang terdiri dari penjawat awam, penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT), petugas perubatan SELCARE dan pelajar perubatan Universiti Swasta.

Jelasnya, kesemua sukarelawan tersebut membantu kelancaran operasi di CAC terutama CAC Stadium Malawati.

“Sukarelawan ini akan membantu pengurusan trafik, pengurusan pesakit Covid-19 dan penilaian pesakit.

“Kita juga bersetuju mewujudkan ‘calling centre’ yang akan dilaksanakan oleh para sukarelawan perubatan bertujuan membantu mengurangkan beban di CAC bagi penilaian pesakit di rumah,” ujarnya.

Tambah Amirudin, 300 katil dan wad Unit Rawatan Rapi (ICU) akan ditambah, manakala 1,300 katil akan ditambah di MAEPS Serdang.

“Kemudahan seperti 20 unit khemah lengkap dengan kipas, kerusi dan sistem P.A turut ditambahbaik di CAC Petaling untuk keselesaan orang ramai.

“Malah, MAEPS Serdang hanya akan merawat pesakit dari Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sahaja berikutan keputusan mewujudkan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di beberapa negeri lain di wilayah tengah seperti Negeri Sembilan, Melaka, Pahang dan Johor,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya