Selangor kuat kuasa PKP 4 atau 5 Mei palsu - Utusan Malaysia

Selangor kuat kuasa PKP 4 atau 5 Mei palsu

Mesej tular palsu yang mendakwa PKP di Selangor bakal dilaksanakan pada 4 atau 5 Mei ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor menafikan  keputusan mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri yang mendakwa negeri itu akan dikuat kuasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 4 atau 5 Mei ini.

Selain itu, menerusi mesej yang tular tersebut, terdapat beberapa arahan dan cadangan beberapa perkara yang kononnya telah dikeluarkan oleh MKN Selangor. 

Selain itu, mesej itu turut menyebut bahawa pergerakan antara daerah semasa PKP tidak dibenarkan dan semua bazar Ramadan serta pasar malam juga tidak boleh beroperasi.

Malah, murid yang tinggal di sekolah asrama dibenarkan pulang bersama ibu bapa mereka dalam tempoh dua hari sebelum kuat kuasa PKP.

Terdahulu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dalam ciapan Twitternya memaklumkan kerajaan Selangor hanya memanggil Jawatankuasa Kerja MKN negeri pada Jumaat lalu.

Amirudin berkata, tujuan mesyuarat itu hanya bagi meneliti semula pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri itu.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya