SELangkah-CITF: Amirudin jumpa Khairy - Utusan Malaysia

SELangkah-CITF: Amirudin jumpa Khairy

AMIRUDDIN SHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
PETALING JAYA: Percanggahan antara pengendali Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) dan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (CITF) mengenai kecelaruan pendaftaran penerimaan vaksin AstraZeneca baru-baru ini akan dibincangkan kerajaan negeri bersama  menteri penyelaras vaksinasi.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari  dan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin dijadual bertemu esok.“Saya baru berkomunikasi dengan YB Khairy Jamaluddin tentang kenyataan CITF dan SELangkah, terdapat salah faham dalam kenyataan semalam.

“Esok, Khairy undang untuk bertemu bagi selaras gerak kerja yang lebih padu di hari muka. Benda boleh bincang kenapa nak uar-uar di media,” kata Amirudin menerusi Twitter hari ini.

Semalam, Ketua Pegawai Eksekutif SELangkah Tengku Iesta Tengku Alaudin menafikan dakwaan bahawa  mereka antara punca berlaku kecelaruan dalam tempahan vaksin AstraZeneca.

Selain itu, Tengku Iesta juga menolak tohmahan CITF  bahawa aplikasi SELangkah membuat tempahan tanpa kebenaran pemohon.

Malam tadi, CITF dalam kenyataan mendakwa mengenal pasti punca sebilangan individu
diberi janji temu penerimaan vaksin walaupun tidak membuat tempahan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya