Sektor, aktiviti sukan dan rekreasi digantung sementara mulai esok - Utusan Malaysia

Sektor, aktiviti sukan dan rekreasi digantung sementara mulai esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sektor dan aktiviti sukan serta rekreasi  termasuk fasiliti komersial, kemudahan awam dan kawasan terbuka digantung sementara bermula esok.

Kementerian Belia dan Sukan memaklumkan, sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) dipengerusikan Perdana Menteri semalam memutuskan untuk menggantung sementara sektor dan aktiviti sukan dan rekreasi di kawasan-kawasan yang telah diisytiharkan sebagai kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“KBS telah membawa beberapa cadangan untuk dibincang dan dipertimbangkan di peringkat Mesyuarat Jawatankusa Teknikal MKN dan sidang khas tersebut. 

“Pertimbangan dan keputusan yang dibuat di peringkat ini adalah berdasarkan kepada penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam kenyataan akhbar, hari ini.

Katanya, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira cabaran dan perkembangan semasa demi kepentingan kesihatan awam selaras dengan hasrat membendung penularan wabak Covid-19 terutamanya di dalam komuniti.

“Kementerian yakin keputusan ini adalah bersifat sementara dan sentiasa menyokong usaha yang dijalankan KKM demi membendung penularan Covid-19 seterusnya melandaikan keluk jangkitan. 

“Penilaian risiko oleh pihak berkuasa seperti KKM akan dibuat dari semasa ke semasa dan kebenaran bagi sektor atau aktiviti sukan dan rekreasi untuk dibenarkan beroperasi semula adalah menjadi komitmen utama Kementerian,” jelasnya.

Tambahnya, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri  Reezal Merican Naina Merican, sentiasa memahami keresahan dan keperitan pihak penggiat sukan dan pemain industri khususnya operator fasiliti sukan dan rekreasi komersial yang terpaksa ditutup dengan keputusan terkini ini di kawasan PKP. 

“Keputusan ini adalah bersifat sementara untuk sama-sama membantu kerajaan dalam usaha mengurangkan dan membendung penularan pandemik Covid-19 di dalam komuniti dan negara kita secara amnya,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya