ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor merayu penduduk negeri ini supaya tidak ‘ketegaq’ atau degil untuk hadir menerima suntikan vaksin Covid-19 selepas diberi janji temu menerusi aplikasi MySejahtera di beberapa Pusat Pemberian Vaksin (PPV) berdekatan tempat tinggal mereka. Muhammad Sanusi membuat rayuan tersebut selepas 10,827 penduduk di Kedah sebelum ini dilaporkan menolak suntikan tersebut dengan alasan remeh. Kerjasama mereka terutama warga emas untuk hadir janji temu itu sangat penting dalam usaha mengekang penularan Covid-19 dan mencapai sasaran seramai 80 peratus rakyat negeri ini menerima vaksin menjelang akhir…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya