Salahkah tindakan saya? - Utusan Malaysia

Salahkah tindakan saya?

AIN Husniza Saiful Nizam ketika diwawancara di media sosial Utusan Online pada 30 April lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Golongan pelajar harus sentiasa peka, berani dan mengambil tahu hak mereka serta tidak berdiam diri apabila terlibat dalam sebarang situasi kurang selesa walaupun melibatkan golongan pendidik.

Itu penegasan Nurain Husniza Saiful Nizam, 17, yang merupakan peneraju gerakan tanda pagar #MakeSchoolABetterPlace dan tular di laman sosial setelah dia berani mendedahkan perangai seorang guru di sekolahnya yang didakwa ‘bergurau’ mengenai isu rogol.

Bercakap dalam program Kotak Milenial Media Mulia TV, Nurain Husniza berkata, dia tidak berniat menularkan video tersebut namun tindakannya itu telah mendedahkan pengalaman pelajar lain yang mengalami nasib sama.

Katanya, dia fokus menjadikan suasana di sekolah selamat untuk pelajar dan mengadu sebarang perkara kepada guru.

“Dengan penularan video tersebut, saya mendapat tahu ramai pelajar lain yang turut sama menempuh apa yang saya lalui tetapi tiada tindakan dan pembelaan kepada pelajar itu sendiri.

“Saya ingin menyebarkan kesedaran kerana perkara ini dipandang ringan dalam kalangan masyarakat kita sendiri dan pelajar sepatutnya harus tahu hak mereka apabila berdepan situasi begitu,” katanya.

Gadis itu menerima kecaman daripada beberapa pihak yang tidak bersetuju dengan tindakannya yang menyebabkan video tersebut dan dikatakan boleh mewujudkan pandangan negatif orang ramai terhadap golongan pendidik.

“Apa salahnya sekiranya ada pelajar lain menjadikan saya sebagai ‘role model’ mereka kerana saya telah ke depan dan beranikan diri untuk mengatakan apa yang dilakukan oleh guru tersebut adalah salah.

“Jika dipertikaikan lagi medium yang saya gunakan untuk mengadu, saya ingatkan sekali lagi, saya telah mengadu kepada kaunselor tetapi dipandang remeh manakala apabila diberitahu kepada polis, katanya ia gurauan. Jelaskan apa salahnya saya menggunakan medium itu?,” soalnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya