Rumah sewa jadi tempat proses air ketum - Utusan Malaysia

Rumah sewa jadi tempat proses air ketum

DAUN dan air ketum serta peralatan memproses yang dirampas dari sebuah rumah di Kampung Acheh, Sitiawan semalam. - UTUSAN/POLIS MARIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT:  Polis marin negeri ini menumpaskan kegiatan memproses dan menjual air ketum di sebuah kediaman di Kampung Acheh, Sitiawan dekat sini semalam. 

Dalam serbuan  pukul 6 petang, seorang lelaki berusia  30-an diberkas dalam serbuan di sebuah rumah sewa.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Satu, Asisten Komisioner Rosman Ismail berkata, pemeriksaan menemui 30 bungkusan plastik disyaki air ketum dan 36 kilogram daunnya yang semuanya dianggarkan bernilai RM5,190.

“Polis turut menemui  peralatan digunakan untuk memproses air ketum seperti mesin pengisar, periuk besar, dapur gas dan tong gas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, siasatan awal mempercayai suspek memperolehi bekalan  dari daerah Hilir Perak dan menjual air ketum itu pada harga RM10 sebungkus dengan setiap bungkus seberat satu liter.

Jelasnya, daun ketum pula dijual pada harga RM30 sekilogram untuk pasaran sekitar kawasan Sitiawan.

Menurutnya, suspek dan rampasan dibawa ke pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung untuk tindakan lanjut. 

Katanya lagi, suspek yang dipercayai sudah melakukan kegiatan itu sejak tahun lalu direman selama empat hari mulai hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya