Rempuh tiang akibat mengantuk - Utusan Malaysia

Rempuh tiang akibat mengantuk

KEADAAN kereta mangsa selepas merempuh tiang batu Galeri Seni Rakyat Melaka di Jalan Laksamana, Melaka. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang pekerja kedai telekomunikasi cedera selepas kereta dipandu merempuh tiang batu Galeri Seni Rakyat Melaka di Jalan Laksamana di sini, dipercayai gara-gara mengantuk.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.40 pagi tadi, mangsa yang berusia 24 tahun cedera di bahagian lidah serta kaki kirinya dan dikejarkan ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan. 

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, ketika kejadian mangsa yang memandu kereta jenis Proton Wira dalam perjalanan dari arah Pasar Temenggung ke Melaka Raya. 

“Setiba di tempat kejadian, pemandu gagal mengawal kenderaan dipandunya dipercayai kerana mengantuk lalu merempuh tiang batu Galeri Seni Rakyat Melaka di kanan jalan tersebut. 

“Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan di lidah dan kaki,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Tambahnya, pemeriksaan pegawai penyiasat di lokasi mendapati jalan tersebut mempunyai dua lorong satu hala, manakala cuaca, jalan serta aliran trafik dalam keadaan baik.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya