Reman tujuh suspek merusuh dilanjut - Utusan Malaysia

Reman tujuh suspek merusuh dilanjut

ISMAIL DOLLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Mahkamah Majistret membenarkan lanjutan tempoh reman ke atas tujuh individu yang ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kejadian rusuhan di Parit Raja, di sini, pada malam raya Aidilfitri, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, tempoh reman ke atas kesemua suspek yang sepatutnya tamat hari ini dilanjutkan sehingga Rabu.

“Reman tujuh individu bagi kejadian merusuh, membakar suar dan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Parit Raja pada 13 Mei lalu disambung selama dua hari lagi mulai esok.

“Lanjutan reman dikemukakan Pegawai Penyiasat Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat, Inspektor Randy Leslie dengan alasan mereka masih diperlukan untuk membantu siasatan polis.

“Majistret Mohd. Syafik Mustaza kemudian membenarkan permohonan lanjutan reman berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Semalam, akhbar ini melaporkan tujuh individu berusia 18 hingga 23 tahun masih ditahan polis, manakala 13 lagi dibebaskan dengan jaminan polis.

Kesemua mereka yang merupakan penduduk tempatan ditangkap kerana dipercayai terlibat dalam kejadian rusuhan, menaikkan kain rentang serta membakar suar di Jalan Parit Raja.

Kumpulan itu membuat halangan menggunakan motosikal dan kereta kepada pengguna kenderaan selama 15 minit bagi menarik perhatian selain mengibarkan kain rentang bertulis ‘Kerajaan Gagal’. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya