Rakyat Palestin satu-satunya masyarakat Arab berani membalas tindakan jahat Israel - Utusan Malaysia

Rakyat Palestin satu-satunya masyarakat Arab berani membalas tindakan jahat Israel

MOHD. ASRI ZAINUL ABIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin mengagumi maruah, semangat dan keberanian rakyat Palestin sebagai satu-satunya masyarakat Arab yang berupaya membalas tindakan jahat Israel.

Katanya, wilayah sekecil dan sedaif Gaza iaitu hanya seluas 365 kilometer (km) persegi mampu membedil Tel Aviv dan memasukkan ketakutan ke dalam jiwa Zionis yang dilaknat.

Beliau berkata, hal seperti itu tidak mampu dilakukan oleh negara-negara Arab lain yang sebahagian pemimpinnya sentiasa berpakaian tentera tetapi hanya mampu menangkap dan membunuh rakyat sendiri.

“Mesir yang bersempadan sukar membuka ‘border’ mereka untuk membolehkan rakyat di Gaza menikmati hidup kecuali pada zaman presiden, Mursi (Mohammed Mursi).

“Bahkan, Mesir di pentas antarabangsa juga lebih berpihak kepada Israel dibandingkan rakyat Palestin di Gaza. Kita hanya dapat masuk ke Gaza, jika Mesir membuka laluan.

“Mesir yang bersempadan dengan Israel umpamanya, membunuh ramai rakyatnya sendiri dibandingkan Zionis yang berjiran dengannya. Kelengkapan tentera mereka yang kuat tidak pernah digunakan untuk menggugat Israel melainkan seketika pada zaman Jamal Abdun Nasir,” katanya dalam status Facebooknya di sini hari ini.

Tambah Mohd. Asri, negara- negara Arab lain yang bersempadan dengan Israel antaranya ialah Mesir, Jordan, Syria dan Lubnan.

Katanya, meskipun Jordan banyak berpihak kepada rakyat Palestin tapi negara tersebut tidak kuat daripada segi ketenteraan jika dibandingkan dengan Israel.

“Usah bicara tentang negara-negara Arab lain yang tidak bersempadan dengan Israel. Mereka pun turut menjaga hati Amerika Syarikat (AS) dengan cuba tidak berkasar terhadap Israel. Bahkan UAE (Emiriah Arab Bersatu) melangkah lebih jauh dengan menjalinkan hubungan mesra dengan Israel sejak kebelakangan ini,” katanya.

Mohd. Asri berkata, rakyat di Gaza sekurang-kurangnya bermaruah dengan tidak membiarkan diri mereka dipijak-pijak sekalipun mereka daif dan kerdil.

Katanya, roket-roket yang dilancarkan ke Israel mengangkat maruah umat Islam dan memberikan inspirasi buat kaum yang tertindas.

“Menang dan kalah adat perjuangan. Namun, jiwa bermaruah ada prinsip kehidupan.

“Demikianlah, jika kita mahu hidup bermaruah kita mampu lakukan sekalipun kita lemah dan terpaksa berkorban. Jika tidak, kita akan menjadi bangsat di bawah orang lain, sekalipun nampak macam kuat dan kaya,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya