Pusat panggilan judi ‘online’ diserbu - Utusan Malaysia

Pusat panggilan judi ‘online’ diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lapan individu ditahan selepas polis menyerbu sebuah kondominium dipercayai dijadikan pusat panggilan perjudian dalam talian di Desa Petaling, dekat sini, semalam.

Serbuan bermula pukul 3.10 petang itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Saiful Annuar Yusoff berkata, suspek yang ditahan terdiri daripada enam lelaki dan dua wanita tempatan berusia antara 18 tahun hingga 40 tahun disyaki sedang menjalankan kegiatan perjudian dalam talian.

Katanya, siasatan awal mendapati kediaman terbabit dijadikan pusat panggilan untuk mempromosikan aktiviti perjudian dalam talian bagi pasaran tempatan.

“Semakan juga mendapati premis itu baru disewa bulan lalu dengan bayaran RM3,000 sebulan sementara pekerja diberikan gaji RM2,000 sebulan oleh sindiket berkenaan.

“Sebanyak 10 komputer riba, 18 telefon bimbit pelbagai jenama, 22 kad sim dan lain-lain barangan dirampas dengan nilai keseluruhan berjumlah RM60,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Saiful Annuar berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Tambahnya, kesemua suspek akan direman hari ini bagi pihaknya menjalankan siasatan lanjut.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya