Polis siasat artis balik beraya di Kulim - Utusan Malaysia

Polis siasat artis balik beraya di Kulim

AZHAR Hashim (dua dari.kiri) beramah mesra dengan seorang penduduk ketika menjalankan pemantauan pematuhan larangan aktiviti ziarah sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di Lunas, Kulim, hari ini. - UTUSAN/AZAHAR HASHIM.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Polis menyiasat paparan tular di Facebook mengenai seorang artis  wanita yang didakwa merentas negeri bersama ibunya untuk pulang beraya di sini.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Azhar Hashim berkata, pihaknya mendapati ibu artis terbabit mendapat kebenaran merentas negeri sebagai pasangan jarak jauh (PJJ) dari ibu negara.

“Kita difahamkan artis terbabit menggunakan kebenaran merentas negeri ibunya itu untuk pulang berhari raya,” katan beliau pada sidang akhbar di sekatan jalan raya (SJR) di Plaza Tol Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE) di sini, hari ini.

Terdahulu Azhar bersama anggota dan pegawai polis mengadakan pemeriksaan dari rumah ke rumah  bagi memantau pematuhan larangan  ziarah sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di sekitar Lunas di sini.

Terdahulu heboh di media sosial  penyanyi, Masya Masyitah atau nama sebenarnya Siti Nurmasyitah Mohd. Yusoff memohon maaf dan memberi penjelasan mendapat lampu hijau daripada pihak berkuasa untuk pulang ke Kulim  atas tiket ibu bapa sebagai pasangan jarak jauh.

Selepas mendapat pelepasan rentas negeri yang dimohon ibunya, secara tidak langsung dia juga berpeluang menyambut Aidilfitri bersama keluarganya di Kulim. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya