Polis Selangor tidak kompromi cubaan rentas daerah, negeri - Utusan Malaysia

Polis Selangor tidak kompromi cubaan rentas daerah, negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Polis Selangor tidak berkompromi terhadap mana-mana individu yang cuba bertindak merentas daerah atau negeri untuk pulang berhari raya.

Ketua Polis negeri, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, sebaliknya individu yang tetap berdegil gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dikenakan kompaun serta-merta.

“Untuk semalam sahaja, kita telah mengeluarkan 71 kompaun kepada individu yang cuba merentas negeri atau daerah untuk pulang beraya di kampung.

“Kebanyakan mereka ini cuba pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri. Oleh demikian, kita mengambil tindakan dan tidak berkompromi dengan mana-mana individu yang tetap berdegil.

“Bagaimanapun, untuk hari ini cubaan untuk merentas daerah atau negeri agak berkurangan berbanding semalam,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Terdahulu, enam daerah di negeri ini iaitu di Petaling, Gombak, Hulu Langat, Kuala Langat, Klang dan Sepang dikenakan PKP mulai 6 hingga 17 Mei.
Bagaimanapun, Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor kekal dikenakan PKP Bersyarat (PKPB).
Dalam pada itu, Arjunaidi memaklumkan pihaknya mempertingkat jumlah sekatan jalan raya di setiap daerah di negeri ini.

“Sekatan jalan raya yang dilakukan mempunyai dua kategori iaitu kekal dan secara bergerak (mobile).

“Lokasi sekatan jalan raya secara bergerak sentiasa berubah-ubah dan tidak tetap. Pergerakan merentas negeri dan daerah tidak dibenarkan sama sekali kecuali atas urusan kecemasan,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya