Polis panggil Awie - Utusan Malaysia

Polis panggil Awie

TANGKAP layar video Datuk Awie bersama beberapa individu didakwa melanggar SOP PKPP dalam satu majlis di sebuah hotel, di Melaka, baru-baru ini. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Penyanyi rock terkemuka tanah air, Datuk Awie akan dipanggil polis negeri bagi membantu siasatan berhubung satu klip video yang tular dalam laman sosial sejak semalam berhubung pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) di sebuah hotel, di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Melaka, Asisten Komisioner Mohd. Sukri Kaman berkata, pihaknya akan memanggil Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman dalam masa terdekat untuk memberi keterangan selepas menerima satu laporan mengenai klip video berdurasi 42 saat itu pada pukul 12.43 pagi tadi.

“Video tersebut mamaparkan seorang selebriti iaitu Datuk Awie dan beberapa individu lain dipercayai melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semasa menghadiri satu majlis misi kemanusiaan di sebuah hotel di Jalan Hang Tuan, Melaka.

“Pihak JSJ Melaka telah menjalankan siasatan di bawah Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Peraturan 18, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Kawalan Pergerakan Pemulihan), No. 3, 2021,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Menurut Mohd. Sukri, kesemua yang terlibat dalam kes tersebut termasuk penganjur turut dipanggil ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah untuk diambil keterangan.

“Siasatan dilengkapkan dengan kadar segera dan dirujuk ke Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri Melaka untuk sebarang keputusan.

“Polis memohon agar individu-individu yang terlibat atau mempunyai maklumat hadir bagi membantu siasatan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya