Polis Negeri Sembilan tingkat penguatkuasaan cubaan rentas negeri - Utusan Malaysia

Polis Negeri Sembilan tingkat penguatkuasaan cubaan rentas negeri

SEORANG wanita menghantar kotak barangan kepada pelanggannya di sempadan antara Bandar Seri Putra, Selangor dan Nilai 3, Nilai dekat Seremban selepas penutupan Jalan Bangi-Nilai ekoran pelaksanaan (PKP di enam daerah di Selangor.- UTUSAN/MUHAMMAD IZZAT TERMIZIE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Polis mempertingkat penguatkuasan dan memperketat prosedur operasi standard (SOP) di negeri ini menjelang perayaan Aidilfitri.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, penguatkuasaan tersebut termasuk ditumpukan kepada mana-mana pihak yang cuba merentas negeri tanpa permit dan kebenaran.

“Setiap hari kami ada mengeluarkan kompaun dan saman terutama kepada mereka yang cuba merentas negeri tanpa permit.

“Polis juga akan memperketat laluan keluar masuk dan memantau SOP baharu. Bagi aktiviti berkunjung rumah ke rumah dan kami terus mengadakan pemantauan mengikut semua SOP dikeluarkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pemakaian Pangkat Secara Medan kepada Sarjan Mat Shah Kasim di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, di sini hari ini.

Sementara itu, jelas Mohamad, pihaknya juga memantau beberapa ‘laluan tikus’ di beberapa daerah seperti Jelebu bagi memastikan tiada cubaan mana-mana pihak merentas negeri menerusi laluan tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN