PM ucap tahniah kejayaan Pandelela rangkul emas - Utusan Malaysia

PM ucap tahniah kejayaan Pandelela rangkul emas

Pandelela Rinong merangkul pingat emas dalam Piala Dunia Terjun FINA di Tokyo, Jepun, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin merakamkan ucapan tahniah atas kejayaan penerjun negara, Pandalela Rinong merangkul  pingat emas dalam Piala Dunia Terjun FINA di Tokyo, Jepun, semalam.

Perdana Menteri berkata, kemenangan ratu terjun negara dalam acara 10 meter platform individu itu membuktikan keringat dan komitmen beliau memastikan Jalur Gemilang terus berkibar megah di persada dunia.

“Tahniah Pandelela Rinong.  Keringat dan komitmen anda pastikan Jalur Gemilang terus berkibar megah di persada dunia.  Syabas! Anda kebanggaan Malaysia,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Pandelela mengumpul 355.70 mata untuk meraih emas menewaskan penerjun tuan rumah, Matsuri Arai di tempat kedua dengan 342 mata manakala Caeli Mckay dari Kanada ketiga, 338.55 mata.

Dia yang meraih pingat gangsa acara sama pada Sukan Olimpik 2012 di London hanya menduduki tempat keempat selepas terjunan pertama namun bangkit menguasai Pusat Akuatik Jepun selepas terjunan kedua sehingga penamat.

Sebelum itu, seorang lagi wakil negara dalam acara berkenaan, Cheong Jun Hoong terkandas di separuh akhir.

Jun Hoong yang melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo dalam acara berkenaan semalam, melengkapkan saingan separuh akhir di tempat ke-18.

Jun Hoong merekodkan 237.35 mata manakala Pandelela berada di tangga ketiga terbaik pada separuh akhir dengan 333.00 mata. – UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya