PM sampaikan pendirian Malaysia kepada pemimpin Hamas - Utusan Malaysia

PM sampaikan pendirian Malaysia kepada pemimpin Hamas

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan pendirian tegas Malaysia serta usaha-usaha yang telah dan sedang diambil Malaysia dalam memperjuangkan hak rakyat Palestin tatkala menghadapi detik yang sukar ini.

Pendirian itu disampaikan Perdana Menteri ketika beliau menerima panggilan telefon daripada Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyya yang berada di Semenanjung Gaza memaklumkan situasi semasa di Palestin, terutama di Gaza.

Dalam perbualan itu, beliau turut menyatakan komitmen Malaysia dalam mencari jalan untuk menghulurkan bantuan sewajarnya bagi membantu meringankan kesukaran rakyat Palestin.

“Saya amat terkesan mendengar perkhabaran berhubung keadaan masyarakat Islam di Palestin, khususnya Semenanjung Gaza yang amat menyedihkan serta menyayat hati.

“Saya menzahirkan ucapan takziah dan dukacita bagi pihak seluruh rakyat Malaysia atas kehilangan nyawa serta kecederaan yang dialami rakyat Palestin akibat serangan ganas rejim Israel,” katanya dalam kenyataan di Facebook beliau hari ini.

Muhyiddin berkata, beliau turut berkongsi keprihatinan dan inisiatif yang dilakukan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia serta rakyat negara ini yang kini giat menganjurkan bantuan kemanusiaan serta bersolidariti penuh ke atas perjuangan rakyat Palestin pada waktu mencabar ini.

“Beliau sangat menghargai keprihatinan rakyat Malaysia terhadap penderitaan rakyat Palestin dan berterima kasih atas bantuan berterusan yang telah diberikan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya