PKRC keenam khusus untuk pesakit lelaki - Utusan Malaysia

PKRC keenam khusus untuk pesakit lelaki

Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) baharu yang dibuka di Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (HUSM), di sini dikhususkan untuk pesakit lelaki kerana golongan itu paling ramai dijangkiti Covid-19 di negeri ini.

Pengarah PKRC Kelantan, Dr. Mohd. Azman Yacob berkata, dalam tempoh tiga minggu berturut-turut, kes harian Covid-19 di Kelantan mencatatkan tiga angka dan sehingga kini enam PKRC dibuka bagi menempatkan pesakit.

Sementara itu, kata beliau, dua PKRC terdahulu iaitu PKRC Hospital Kuala Krai dan PKRC Dewan Sivik, Gua Musang ditutup.

“Kita harap PKRC Kampus Kesihatan HUSM di Kubang Kerian ini yang boleh menempatkan sehingga 500 pesakit lelaki adalah PKRC terakhir yang kita buka.

“Sekiranya berlaku juga peningkatan kes, keenam-enam PKRC sedia ada tidak mampu menampung jumlah pesakit jadi PKRC ketujuh mungkin perlu dibuka juga,” katanya kepada pemberita ketika melawat PKRC Kampus Kesihatan HUSM hari ini.

Tambah Dr. Azman, bagi mengatasi masalah kekurangan katil, kementerian akan melaksanakan Perintah Pengasingan Dirumah (PPD) kepada pesakit tidak bergejala yang rumah mereka ‘tidak berisiko tinggi’.

“Sebelum membenarkan PPD, kita akan memastikan rumah tersebut mempunyai banyak bilik dengan kemudahan bilik air berasingan untuk kegunaan pesakit tersebut sahaja.

“Tetapi kita tahu di Kelantan ini, kebanyakan rumah tidak sesuai kerana ahli keluarga yang ramai selain tinggal dengan warga emas berusia 60 tahun ke atas dengan penyakit kronik serta kanak-kanak,” katanya.

Menurut Dr. Azman, lima PKRC sedia ada kini hampir penuh 100 peratus kecuali di PKRC Pusat Tarbiah Islamiah (Putik), Pengkalan Chepa yang masih ada 66 kekosongan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya