PKP: 4 SJR di Mukim Taiping - Utusan Malaysia

PKP: 4 SJR di Mukim Taiping

OSMAN Mamat (kanan) dalam sidang akhbar di IPD Taiping hari ini. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING: Polis melaksanakan empat sekatan jalan raya (SJR) di sekitar Mukim Taiping, di sini yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa esok hingga 20 Mei ini.

Jalan di sini yang terlibat SJR ialah Jalan Kamunting, Jalan Batu Kurau-Changkat Larah, Jalan Ayer Kuning dan Jalan Simpang di hadapan Restoran Haji Midin.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, SJR di lokasi itu untuk memastikan pergerakan keluar masuk penduduk dapat dikawal bagi mengelakkan penularan jangkitan Covid-19.

Menurutnya, polis juga menutup semua jalan masuk ke Mukim Taiping menggunakan penghadang jalan atau barrier bagi mengelak kenderaan keluar masuk ke mukim ini tanpa surat kebenaran.

“Jalan Persekutuan Ipoh -Butterworth yang bermula dari lampu isyarat Changkat Jering menghala ke arah utara hingga ke jeti kelip-kelip Kampung Dew bukan di bawah Mukim Taiping.

“Manakala dari jeti kelip-kelip Kampung Dew ke arah selatan hingga hingga ke lampu isyarat Changkat Jering, itu dalam Mukim Taiping.

“Polis harap batas sempadan Mukim Taiping yang dikenakan PKP tidak mengelirukan orang ramai,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (Taiping), di sini hari ini.

Menurut Osman, pengguna jalan raya yang melalui setiap SJR di mukim ini dijangka mengalami sedikit kesesakan lalu lintas kerana pemeriksaan yang teliti kepada sesiapa yang mahu masuk ke Mukim Taiping. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN