PGA selamatkan RM368,365 barang subsidi negara - Utusan Malaysia

PGA selamatkan RM368,365 barang subsidi negara

AZHARI Nusi (kiri) bersama anggota berkawal di sempadan Malaysia-Thailand berhampiran sebuah pangkalan haram di Rantau Panjang, Kelantan hari ini. - UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Sebanyak RM368,365 nilai barangan bersubsidi diselamatkan daripada ‘lolos’ ke Thailand dalam tempoh sebulan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan mengambil alih penugasan Op Benteng Covid-19 di sempadan negeri ini.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7, Superintendan Azhari Nusi berkata, kejayaan itu dipacu  kerjasama pihaknya dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan.

Menurut beliau, barangan bersubsidi yang berjaya diselamatkan seperti tepung, minyak masak dan bahan api petrol.

“Dalam tempoh sama iaitu bermula 16 April hingga semalam, kita berjaya menangkap empat lelaki tempatan yang bertindak sebagai penyeludup barangan bersubsidi.

“Siasatan awal mendapati permintaan tinggi di negara jiran menjadi penyumbang kepada aktiviti berkenaan,” katanya di Markas PGA Lubok Stol di sini hari ini.

Azhari memberitahu, sepanjang penugasan Op Benteng Covid-19 kali ini, pihaknya berjaya merekodkan rampasan keseluruhan bernilai RM4.8 juta seperti mercun, daun dan air ketum, kodien, haiwan eksotik, tepung, minyak masak, petrol, kontraban serta lembu.

“Walaupun penyeludup sentiasa menukar-nukar operasi mereka sepanjang Ramadan antara waktu berbuka dan bersahur namun anggota PGA berjaya membaca perubahan taktik itu,” ujarnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya