Pertimbang kenakan PKP menyeluruh di Selangor - Utusan Malaysia

Pertimbang kenakan PKP menyeluruh di Selangor

ADHAM BABA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Kementerian Kesihatan (KKM) membuat pertimbangan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh di Selangor jika jangkitan harian Covid-19 di negeri itu tidak menunjukkan penurunan.

Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, pertimbangan itu akan dilaksanakan sekiranya negeri itu gagal mengekang penularan wabak tersebut.

Menurut beliau, Selangor kekal menjadi negeri tertinggi melaporkan kes harian positif Covid-19 hampir setiap hari.

Dr Adham Baba berkata demikian pada sidang media bersama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin.

Terdahulu, Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor  (STFC) menerusi Facebook rasminya memaklumkan, jumlah jangkitan di negeri itu  mungkin meningkat sekiranya 388 individu yang dikesan positif menerusi Saringan Komuniti minggu lalu tidak datang mendaftar.

Oleh itu, STFC meminta orang ramai menyebarkan maklumat dan hadir saringan percuma anjuran Kerajaan Negeri bagi melawan virus.

“Jika 388 individu tersebut tidak datang mendaftar untuk saringan, pasti mereka akan menjangkiti orang lain yang menyebabkan perebakan lebih luas.

“Saringan Komuniti secara percuma ini sangat penting untuk kita melawan virus ini. Sebarkan maklumat dan hadir ke saringan berdekatan,” kata STFC .

Pada 8 sehingga 11 Mei lalu, saringan percuma dilaksana di lapan lokasi di Hulu Langat dengan 8,585 individu mendaftar dan 388 daripadanya didapati positif.

Sementara itu, STFC memaklumkan, jumlah kes baharu Covid-19 di Selangor naik pada minggu lalu dengan pertambahan lebih 3,000 kes berbanding minggu sebelumnya.

Katanya, dalam tempoh 8 hingga 14 Mei lalu sebanyak 10,611 kes dikesan berbanding 7,380 kes bagi tempoh yang sama pada minggu sebelumnya.- UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya