KUALA NERUS: Seekor buaya tembaga yang dikatakan berkeliaran di lombong tinggal di Kampung Tepoh di sini akan ditangkap dan dipindahkan.
Pengarah Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Dr. Abdul Malek Mohd. Yusuf berkata, pihaknya akan memasang perangkap sekali gus meminta orang ramai tidak mendekati haiwan liar yang digelar ‘Mamat’ itu.
Menurut beliau, tindakan penduduk melihat `Mamat’ pada jarak dekat berbahaya jika buaya tembaga itu tiba-tiba menyerang.
“Walaupun buaya itu difahamkan jinak ketika kecil, tetapi sifat pemangsa tetap ada terutama dengan saiznya yang semakin membesar,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Pada 2019, Perhilitan Terengganu pernah memasang perangkap untuk menangkap buaya tembaga berkenaan, namun gagal sehingga ia muncul semula baru-baru ini.- UTUSAN