PETALING JAYA: Pepsi mentransformasikan pengalaman muzik di Malaysia dengan membawakan Konsert Augmented Reality (AR) pertama di Malaysia eksklusif untuk semua peminat pepsi.
Konsert tersebut menampilkan penyanyi popular Siti Nordiana sebagai artis utama dan menampilkan tiga bakat bertenaga tempatan iaitu Aidil, Bell dan Syafeek yang telah memenangi cabaran uji bakat #PepsiBoldTalent.
Dalam satu kenyataan, konsert yang diterajui oleh Siti Nordiana itu memberikan peluang kepada para peminat untuk menyaksikan persembahan lagu baharunya, selain menampilkan penari berbakat Bell, pemain bola sepak gaya bebas, Aidil serta penyanyi Syafeek.
Pengarah Kanan Pemasaran Asia Pasifik PepsiCo, Salman Butt berkata, di PepsiCo, muzik adalah cara utama untuk mereka berhubung dengan para peminat.
“Kami tahu bahawa penggemar muzik di Malaysia sudah lebih setahun tidak dapat menghadiri konsert akibat pandemik. Oleh itu, kami memutuskan untuk membawakan Konsert AR yang julung-julung kalinya diadakan di Malaysia kepada mereka.
“Selain itu, sesuatu yang belum pernah dilakukan di Malaysia, konsert ini mencerminkan personaliti kami yang berani dan suka mencuba sesuatu yang baru.
“Kami membawakan inspirasi daripada Pepsi Black dengan rasa yang lebih hebat serta semangatnya yang mencabar norma, di mana akses kepada kandungan konsert ini eksklusif bagi penggemar Pepsi Black Raspberi iaitu perisa kola terbaru kami yang menawarkan rasa hebat, tanpa kalori,” katanya.
Dalam pada itu, Ketua Pemasaran Minuman PepsiCo, Jennifer Lee turut memaklumkan, Konsert tersebut membawa bakat-bakat tempatan yang terbaik serta membuka wadah baru untuk rakyat Malaysia menonjolkan diri dan mencapai impian mereka.
“Sesuai dengan matlamat Pepsi dalam memperjuangkan generasi masa kini yang tekad lagi berani, dan sentiasa membawakan keterujaan dan pengalaman baru kepada para pengguna di Malaysia
“Selanjutnya, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada para peminat setia di Malaysia, dengan mencipta satu pengalaman yang istimewa untuk mereka,” ujarnya.