Pengunjung, tauke pusat hiburan dikompaun - Utusan Malaysia

Pengunjung, tauke pusat hiburan dikompaun

SERAMAI 28 pengunjung termasuk pemilik dua buah pusat hiburan di Lebuh Pantai, Georgetown, Pulau Pinang dikompaun sehingga RM180,000 kerana ingkar SOP Covid-19 dalam operasi khas sepasukan polis awal pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Tindakan keras kepala dua pemilik pusat hiburan di Lebuh Pantai di sini yang membuka perniagaan secara tersembunyi memakan diri apabila dikenakan kompaun RM50,000 termasuk diarah tutup pagi tadi. 

Dalam operasi polis Bahagian Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) pukul 1 pagi itu, seramai 26 pengunjung dikenakan kompaun RM130,000. 

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, siasatan mendapati pemilik pusat hiburan berkenaan  menjalankan aktiviti terlarang semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). 

Menurut beliau, kedua-dua pemilik premis berusia  40-an itu melakukan kesalahan di bawah Peraturan 11, Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021. 

Sehubungan itu, kata beliau, pemilik premis berkenaan masing-masing dikenakan kompaun RM25,000 di bawah Peraturan 19(2) termasuk arahan tutup premis. 

Ujar beliau, pihaknya turut mengeluarkan kompaun RM180,000 termasuk RM5,000 kepada setiap pengunjung yang ingkar dengan arahan ditetapkan. 

“Malah, kita dapati ada pengunjung yang masih datang ke pusat hiburan lewat pada pukul 1 pagi. 

“Antara alasan tidak mengetahui  prosedur operasi standard (SOP),” katanya kepada pemberita selepas operasi itu.  –  UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya