Penghuni Endah Regal desak adakan mesyuarat segera - Utusan Malaysia

Penghuni Endah Regal desak adakan mesyuarat segera

AHMAD Puzi Ab. Kahar (kanan) bersama beberapa penghuni kondominium Endah Regal, Sri Petaling, Kuala Lumpur yang memohon AGM diadakan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penghuni kondominium Endah Regal, Sri Petaling, Kuala Lumpur, dekat sini mendesak pihak pengurusan kondominium tersebut mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) dengan segera.

Pengerusi Penghuni Kondominium Endah Regal, Datuk Ahmad Puzi Ab. Kahar berkata, penghuni kediaman itu juga mendesak pihak tersebut mengadakan mesyuarat agung kerana mendakwa sudah lama tidak diadakan.

“Hasrat penghuni kondominium untuk membuat mesyuarat bagi melantik komuniti baharu kerana yang sedia ada ini tidak memenuhi hasrat mereka.

“Selain itu, audit tahunan juga tidak dibuat, wang yang dikumpulkan sudah melebihi RM 2 juta. Perbelanjaan yang digunakan daripada yuran bulanan tidak telus serta kerja-kerja penyelenggaran tidak dilaksanakan dengan memuaskan.

“Selanjutnya, kami tidak berpuas hati penyelenggaraan yang dilakukan mereka terhadap lif yang kerap kali rosak dan kerosakan lain berlaku di kawasan kondominium ini,” katanya di sini.

Dalam pada itu, Ahmad Puzi meminta pengurusan kondominium segera bertindak seperti yang didesak agar isu tersebut dapat diselesaikan dengan baik.

Tambah beliau, segala saranan yang dibuat oleh penduduk perlu selari dengan arahan yang diputuskan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya dapat dipatuhi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN