Penduduk Pauh Lima panik ‘serbu’ khemah ujian saringan - Utusan Malaysia

Penduduk Pauh Lima panik ‘serbu’ khemah ujian saringan

PENDUDUK Pauh Lima, Kota Bharu, Kelantan, menjalani ujian saringan Covid-19 selepas kampung berkenaan dikenakan PKPD. - UTUSAN/ZULHANIFA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Bimbang kesihatan diri serta keluarga masing-masing, lebih 1,000 penduduk Kampung Pauh Lima, di sini membanjiri khemah saringan Covid-19 yang dibuka di Surau Al-Ahmadiah kampung itu bagi menjalani ujian swab.

Kampung Pauh Lima yang terletak di sempadan jajahan ini dan Kota Bharu dikenakan Perintah Kawalan Diperketatkan (PKPD) mulai esok (19 Mei) susulan penularan mendadak pandemik dengan 78 kes positif Covid-19 dan dua kematian dilaporkan tidak sampai dua minggu.

Ketika tinjauan Utusan Malaysia di sekitar kawasan itu hari ini, keadaan itu bagaimanapun dapat dikawal dengan baik oleh petugas kesihatan yang turut dibantu anggota pasukan keselamatan diketuai pihak polis.

Sementara itu, Ketua Polis negeri, Datuk Shafien Mamat ketika meninjau operasi kawalan keselamatan di kawasan itu berkata, setakat ini sejumlah 1,032 penduduk di Kampung Pauh Lima dikenal pasti perlu menjalani ujian saringan Covid-19.

“Kampung Pauh Lima Mukim Banggu di Kota Bharu ada 158 rumah dengan 710 penduduk manakala Kampung Pauh Lima Mukim Banggu di Bachok pula terdapat 110 rumah dengan 320 penduduk.

“Mulai pukul 12 tengah malam ini, semua penduduk tidak dibenarkan keluar dari kawasan itu dan orang ramai dari luar juga tidak dibenarkan masuk ke kawasan itu sehingga PKPD tamat pada 1 Jun,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan meletakkan kon dan tanda amaran serta pagar kawat berduri mengelilingi kawasan PKPD di samping menutup setiap lorong tikus yang terdapat di celah-celah kediaman penduduk.

“Kita akan mengadakan enam sekatan jalan raya (SJR) di Bachok manakala empat SJR di Kota Bharu. Pemantauan keselamatan di kawasan PKPD juga akan dibuat menggunakan dron,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya