PETALING JAYA: Orang ramai yang berminat mendapatkan suntikan vaksin AstraZeneca masih berpeluang berbuat demikian.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, walaupun trafik pendaftaran di laman web agak sibuk selepas beberapa minit dilancarkan, slot bagi mendapatkan vaksin berkenaan masih ada.
“Slot untuk mendapatkan AZ (AstraZeneca) masih ada. Trafik agak sibuk beberapa minit pertama. Namun slot masih ada,” katanya menerusi ciapan di Twitter miliknya hari ini.
Khairy sebelum ini berkata, tempahan itu dibuka menerusi laman web www.vaksincovid.gov.my dengan berdasarkan kepada kaedah first come, first served. -UTUSAN ONLINE