Pasar Awam Bagan Ajam kembali beroperasi  - Utusan Malaysia

Pasar Awam Bagan Ajam kembali beroperasi 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Hanya seorang daripada 17 peniaga di Pasar Awam Bagan Ajam di sini  belum menyerahkan hasil ujian calitan Covid-19 untuk dikemas kini  walaupun dicari unit penguatkuasaan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP). 

Datuk Bandar MBSP, Datuk Rozali Mohamud berkata,  hasil ujian ‘swab’ kali pertama peniaga itu negatif, namun MBSP tidak akan membenarkan peniaga tersebut membuka semula operasi sehingga ujian kali kedua selesai dan keputusan  juga mesti negatif. 

Menurut beliau, kesemua 37 peniaga lain di pasar berkenaan  kembali beroperasi selepas Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Utara (PKD SPU) mengesahkan risiko jangkitan di situ  rendah. 

“Kesemua peniaga juga telah tamat tempoh kuarantin sekali gus membolehkan mereka kembali menjalankan perniagaan masing-masing bermula hari ini,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Penuh yang ke-5/2021 menerusi laman Facebook MBSP di sini hari ini. 

Dalam pada itu Rozali berkata, pihaknya  melakukan beberapa penambahbaikan bagi mengawal kemasukan pengunjung melalui laluan yang tidak dibenarkan dengan membuat pemasangan kawat duri di sekeliling pasar awam berkenaan. 

Katanya, selain Pasar Awam Bagan Ajam, beberapa pasar awam lain termasuk Pasar Awam Kepala Batas; Taman Selamat; Tambun Indah; Bukit Mertajam; Jeti Lama dan Taman Berjaya yang mempunyai masalah laluan tikus juga telah dipasang kawat berduri. 

Bagaimanapun,  kata Rozali, pihaknya ada menerima laporan beberapa pagar yang dipasang dirosakkan individu tidak bertanggungjawab seperti di Bukit Mertajam; Bagan Ajam serta Tambun Indah. 

“Mereka yang dikesan melakukan perbuatan vandalisme itu boleh diambil tindakan di bawah Undang-undang Kecil Vandalisme Majlis Perbandaran Seberang Perai 1993. 

“Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda sehingga RM2,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun,” ujar beliau. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya