Pas Johor kecewa tindakan Menteri Besar isu lantikan Ketua Kampung - Utusan Malaysia

Pas Johor kecewa tindakan Menteri Besar isu lantikan Ketua Kampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pas Johor menzahirkan kekecewaan mereka terhadap Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berhubung pelantikan jawatan Ketua Kampung di negeri ini yang didakwa mereka meminggirkan ahli parti berkenaan.

Pesuruhjaya Pas negeri, Abdullah Husin berkata, perkara itu telah dibangkitkan dalam satu pertemuan antara kedua-dua pihak namun sehingga kini tiada sebarang perubahan diambil walaupun selepas dua bulan lantikan dibuat.

“Pas Johor bersikap terbuka untuk mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar dan kepimpinan berkaitan dalam isu ini, namun hasrat itu tidak membuahkan hasil.

“Kami juga telah menggunakan platform mesyuarat Muafakat Nasional (MN) untuk membincangkan perkara sama namun hasilnya amat mendukacitakan.

“Kejadian ini memberikan isyarat salah dalam usaha memperkasa MN di Johor khususnya sejak awal penubuhan kerajaan baharu pada Mac tahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Pelantikan jawatan Ketua Kampung pada Mac lalu menimbulkan kekecohan apabila lebih daripada 90 peratus individu dipilih melibatkan ahli UMNO.

Susulan itu, Setiausaha Perikatan Nasional (PN) Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal juga meluahkan rasa kesal dan memberitahu perkara itu tidak mencerminkan semangat kerjasama dan muafakat antara parti yang membentuk kerajaan negeri.

Dr. Sahruddin dilaporkan berkata, pelantikan jawatan itu tidak dibawa berunding dan tidak mendapat persetujuan daripada semua pihak terlibat.

Sementara itu, Abdullah berkata, Pas Johor juga tidak dipanggil mengadakan perbincangan, di mana hanya seramai 36 ahli parti itu dipilih menjawat jawatan berkenaan, iaitu sekitar lima peratus daripada keseluruhan jawatan terbabit di Johor.

“Pada masa sama, kami juga memberi perhatian serius terhadap perkembangan mutakhir berkaitan dengan pembahagian jawatan Ahli Majlis yang telah diluluskan Menteri Besar.

“Berdasarkan pelantikan terkini dalam Majlis Perbandaran Muar, Majlis Perbandaran Pengerang, Majlis Daerah Simpang Renggam dan Majlis Daerah Kota Tinggi, tiada lantikan daripada wakil Pas seperti dipersetujui dalam perbincangan sebelum ini,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya