Pas bukan kingmaker, nak tawan Kelantan, Terengganu, Kedah - Tun M

Pas bukan kingmaker, sekadar nak tawan Kelantan, Terengganu, Kedah – Tun Mahathir

DR. MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pas tidak akan menjadi kingmaker dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) walaupun parti itu kini selesa dalam kerajaan Pusat dengan menyertai Perikatan Nasional (PN).

Dalam pertemuan eksklusif dengan Mingguan Malaysia, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kekuatan parti itu hanya di peringkat negeri sahaja dan tidak mampu mendirikan kerajaan secara sendiri.

Menurut beliau, Pas hanya boleh menyertai gabungan untuk menjadi kerajaan Pusat dan parti itu sudah cukup gembira jika berjaya menawan Kelantan, Terengganu dan Kedah.

“Pas tak boleh jadi kingmaker. Dia cuma kuat di Kelantan, Terengganu. Pas dia punya cita-cita dia sedar dia tak mungkin jadi kerajaan Pusat dengan sendiri. Dia boleh menyertai gabungan untuk jadi kerajaan Pusat.

“Dia puas hati kalau dia dapat Kelantan, Terengganu dan mungkin Kedah. Sudah cukup bagi Pas. Pas bukan nak jadi kerajaan Pusat. On his own (dengan berdiri sendiri) dia tak boleh jadi kerajaan Pusat. Dia tahu. Itulah peranan Pas sampai bila pun,” katanya ketika ditemui di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini Selasa lalu.

Ditanya mengenai sikap Pas yang kini dilihat jarang bercakap mengenai Islam sejak menyertai kerajaan apatah lagi langsung tidak lagi membangkitkan mengenai Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (RUU 355) sebagaimana terlalu lantang sebelum ini, Dr. Mahathit berkata, Pas perlu terima apa kerajaan buat.

Katanya, Pas tidak boleh lagi bercakap soal hudud dan sebagainya kerana akan dianggap ‘mengganggu’ kerajaan, jadi mereka perlu mengunci mulut biarpun perkara itu merupakan perjuangan utama Pas sejak dahulu.

Dr. Mahathir turut menyelar sikap ahli-ahli Pas yang terlalu fanatik menyokong pemimpin mereka walaupun ada tindakan yang bertentangan Islam seperti mengkafirkan ahli-ahli UMNO yang berjumlah 3 juta orang tanpa sebab.

“Apa dia ingat saya ini dianggap kafir? Saya tak sembah berhala. Saya mengucap dua kalimah syahadah. Saya sembahyang, zakat keluar, buat kerja haji pun. Tiba-tiba Pas kata saya kafir. Itu zalim.

“Tapi orang-orang agama ini dia nak support orang dia, lagi pun dia takut. Macam mufti-mufti takut nak kata Pas salah. Bila kata Pas salah, nanti Pas belasah dia orang.

“Sepatutnya bila Pas kata semua orang UMNO kafir, dia mufti mesti nasihat dan ajar bahawa ini salah dari segi agama dan apa yang Pas buat itu dilarang. Barulah mufti, tapi mufti tak advise raja, bermakna raja pun kafir juga. Mufti pun kafir juga pasal dia tak masuk jadi ahli Pas,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya