NGO sempat santuni gelandangan sebelum PKP - Utusan Malaysia

NGO sempat santuni gelandangan sebelum PKP

NORHASLINDA Zakaria (kanan) menyantuni gelandangan di pusat kebajikan Anjung Singgah YKN Perak di Ipoh semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Perang menghadapi wabak Covid-19 ketika ini tidak mematahkan semangat sukarelawan Pertubuhan Kebajikan Ukhuwah Masyarakat Prihatin Perak (Ukhuwah) untuk melaksanakan misi kebajikan mereka membantu golongan gelandangan di sekitar bandar ini agar tidak berasa terabai.

Hanya beberapa jam sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa malam tadi, sukarelawan Ukhuwah yang diterajui Pengerusinya, Norhaslinda Zakaria telah menyantuni 17 orang gelandangan penghuni pusat kebajikan Anjung Singgah Yayasan Kebajikan Negara (YKN) Perak di sini.

Menurut Norhaslinda, misi kebajikan itu sebenarnya dirancang pada satu tarikh lain tetapi terpaksa dilakukan pada saat akhir berikutan tiada aktiviti sosial dibenarkan apabila arahan PKP bermula hari ini.

“Kami menyantuni 17 penghuni Anjung Singgah termasuk bayi berusia sebulan dan pada masa sama mendengar kisah-kisah mereka yang berhadapan dengan pelbagai ujian serta berharap mereka sentiasa tabah.

“Sumbangan yang disampaikan adalah telekung, kain pelekat, sejadah, surah Yasin, kerongsang, lampin pakai buang bayi, susu, tuala, barang-barang makanan dan duit raya agar mereka dapat juga meraikan Aidilfitri,” ujarnya.

Misi bantuan itu melibatkan kira-kira 20 sukarelawan manakala sumbangan pula adalah infaq daripada beberapa pihak antaranya Kinta Esports, Sholekhin Pixtor, Manjoy Gadjet Esport, Naem Soppian dan Fuse Esports Studio.

Turut menyumbang ialah beberapa individu iaitu Fared Baharum, Norkamariah Kamarudin, Yusoff Faiz dan Amirrol Aizaat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya